Dokumen Wajib Untuk Pendaftaran

Bagi memastikan proses pendaftaran berjalan dengan lancar dan teratur, semua pemohon perlu menyediakan dokumen berikut yang lengkap dan sah.
Setiap dokumen akan digunakan untuk tujuan pengesahan akademik dan kewangan.

Salinan Kad Pengenalan

Salinan kad pengenalan pelajar serta ibu bapa / penjaga yang telah disahkan oleh JPN.

Keputusan Akademik & Transkrip

Salinan keputusan SPM / STPM / Diploma / Matrikulasi yang disahkan oleh institusi berkaitan.

Gambar Berukuran Pasport

Gambar berlatar belakang putih dengan nama penuh ditulis di bahagian belakang gambar.

Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa

Bagi ibu bapa bekerja: slip gaji. Tidak bekerja: pengesahan daripada Pegawai Daerah atau Ketua Kampung.

Penyata Bantuan Sara Hidup

Salinan dokumen bantuan kewangan sekiranya pemohon menerima bantuan berkaitan.

Dokumen Permohonan PTPTN

Termasuk salinan IC, akaun SSPN, maklumat akaun bank, e-mel dan cetakan digital permohonan.

Resume & Portfolio

Dokumen sokongan khas untuk permohonan program berasaskan kemahiran (PEL) sahaja.

Resit Bayaran Yuran Pendaftaran

Disimpan sebagai bukti rasmi pembayaran dan rujukan pihak pengurusan.

Kalendar Kalendar Kemasukan Pelajar

Pengambilan pelajar baharu dibuka beberapa kali setahun mengikut sesi semester yang ditetapkan. Sila rujuk jadual berikut bagi merancang permohonan kemasukan anda.

Januari
Semester Utama
April
Semester Pendek
Mei
Semester Utama
Julai
Semester Utama
Ogos
Semester Utama
September
Semester Pendek
Disember
Semester Utama

Borang Pendaftaran Pelajar KDM

Makluman Penting:
Setelah borang ini dihantar, pihak KDM akan menghubungi anda bagi tujuan pengesahan maklumat dan permintaan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, sijil akademik, gambar berukuran pasport dan dokumen berkaitan melalui WhatsApp atau emel. Sila pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan sah.